Monday, June 6, 2011

Raya Datang Lagi???!!!!

Yer...Raya datang lagi...bercerita mengenai raya, kat sini nak buat satu pengumuman.....hehehehe amboi pengumuman macam perhimpunan sekolah pulak ^_^

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, kepada sesiapa yang berminat untuk mengayakan baju kurung kait saya, saya hanya menerima tempahan dengan kain yang telah siap digunting (bahagian bajunya sahaja). Ada juga yang e-mail dan sms saya bertanyakan macam mana kain yang telah digunting tu???? Ayat dan penjelasan saya kuruang jelas barang kali.

Jadi untuk menjelaskan apa yang tak jelas, saya uploadkan gambar bagaimana keadaan baju yang telah digunting yang perlu dihantarkan kepada saya tu yer.....

Ini adalah bahagian badan dan tangan baju

Ini pula bahagian pesak kanan dan kiri baju

dan ini pula adalah bahagian kekek baju

Hanya bahagian bahagian baju ini yang perlu dihantarkan kepada saya untuk saya cantumkan dengan kaedah mengait. Harapan saya kepada semua yang berminat untuk bergaya dengan baju kurung kait saya di hari raya ini jelas dengan penerangan yang diberikan.... Terima kasih. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...