Tuesday, June 14, 2011

Model-medel baju kurung berkait.

Inilah model model baju kurung berkait saya. Anisya & Airisya


Simanis Anisya...^_^...manis ke?





Sunday, June 12, 2011

Manik Datang Lagi...

Baju ni masih in-progress, baru siap bahagian tangannya...sedang berusaha menyiapkan bahagian lehernya pulak....silau mata tengok pattern ni....semak pun ada juga rasanya....hehehehe, harap pattern ini dapat menarik hati si pemakainya.....




Bahagian leher yang hampir siap....cuma tinggal sentuhan terakhir, chewah....sentuhan terakhir kunon...hehehehe



Monday, June 6, 2011

Raya Datang Lagi???!!!!

Yer...Raya datang lagi...bercerita mengenai raya, kat sini nak buat satu pengumuman.....hehehehe amboi pengumuman macam perhimpunan sekolah pulak ^_^

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, kepada sesiapa yang berminat untuk mengayakan baju kurung kait saya, saya hanya menerima tempahan dengan kain yang telah siap digunting (bahagian bajunya sahaja). Ada juga yang e-mail dan sms saya bertanyakan macam mana kain yang telah digunting tu???? Ayat dan penjelasan saya kuruang jelas barang kali.

Jadi untuk menjelaskan apa yang tak jelas, saya uploadkan gambar bagaimana keadaan baju yang telah digunting yang perlu dihantarkan kepada saya tu yer.....

Ini adalah bahagian badan dan tangan baju

Ini pula bahagian pesak kanan dan kiri baju

dan ini pula adalah bahagian kekek baju

Hanya bahagian bahagian baju ini yang perlu dihantarkan kepada saya untuk saya cantumkan dengan kaedah mengait. Harapan saya kepada semua yang berminat untuk bergaya dengan baju kurung kait saya di hari raya ini jelas dengan penerangan yang diberikan.... Terima kasih. 

Monday, May 2, 2011

PROMOSI HARI IBU

Dalam sedar tak sedar dalam tahun 2011 ni dah pun menjelang Mei dan dalam bulan ini semua para ibu akan nmeraikan Hari Ibu
Sempena perayaan ini mmchantik collections mengadakan promosi untuk baju kurung kait.
Kepada para pelanggan yang menempah baju kurung kait akan mendapat sepasang baju kurung kait
Untuk si manja anda dengan harga RM35 yang mana harga asalnya adalah RM55. Promosi ini akan belansung sepanjang
Bulan Mei. Kepada semua para Ibu seluruh dunia mmchantik collections mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.

Sunday, May 1, 2011

Manik oh Manik

Uniform Wanita UMNO Datin.


Oh...merah itu Cinta hehehe...koleksi jahitan manik dan labuci saya...layannnn...




Sentuhan buah berry dari saya.... ^_^


Baju Kurung Kait Puan Sofia

Baju kurung Pn.Sofia dari Banting ni dah dua minggu siap tapi baru berkesempatan nak upload dalam blog. Memandangkan ketiga anak anak diserang virus chicken pok hehehehe, keadaan jadi agak kelam kabut sikit. Meterial kain daripada cotton. Corak dan combinasi warnanya sangat menarik. Alhamdulillah Pn.Sofia suka kan hasilnya....terima kasih banyak banyak puan sofia.




Satu lagi koleksi baju kurung kait saya....juga dari meterial cotton, tapi plain.




Wednesday, February 16, 2011

Kehilangan....

Lama tak update blog...Baru balik dari kampung, dalam masa yang tak sampai setahun kehilangan seorang lagi bapa saudara yang dikasihi...seminggu berada di IJN kerana keadaan jantung yang tidak stabil...akhirnya menghembuskan nafaas yang terakhir pada pagi 14 Feb 2011.

Ayah Din dalam kenangan....sedihnya...namun aku redha dengan ketentuanMu...A-Fatihah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...