Sunday, June 19, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Cupcakes

Cupcakes ni untuk sekolah tadika Kak Incha sempena sambutan hari guru bulan lepas...hehehehe dah bersawang punya cerita hari ni baru nak upload...Cupcakes coklat moist withchoc ganache  topping ..

Rendang Pucuk Ubi

Pada 10 Jun 2010, Bapa saudara sebelah suami (Pak Ndak), telah menyahut panggilan dari-Nya...Al-Fatihah, semasa kenduri tahlil Induk masak rendang pucuk ubi. Setelah menuntut ilmu dari mak-mak sedara kat kampung hari tu, so hari ni terhasil la air tangan sendiri rendang pusuk ubi campur ikan bilis.....sedap hehehe....

Model-medel baju kurung berkait.

Inilah model model baju kurung berkait saya. Anisya & Airisya


Simanis Anisya...^_^...manis ke?





Sunday, June 12, 2011

Manik Datang Lagi...

Baju ni masih in-progress, baru siap bahagian tangannya...sedang berusaha menyiapkan bahagian lehernya pulak....silau mata tengok pattern ni....semak pun ada juga rasanya....hehehehe, harap pattern ini dapat menarik hati si pemakainya.....




Bahagian leher yang hampir siap....cuma tinggal sentuhan terakhir, chewah....sentuhan terakhir kunon...hehehehe



Monday, June 6, 2011

Raya Datang Lagi???!!!!

Yer...Raya datang lagi...bercerita mengenai raya, kat sini nak buat satu pengumuman.....hehehehe amboi pengumuman macam perhimpunan sekolah pulak ^_^

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, kepada sesiapa yang berminat untuk mengayakan baju kurung kait saya, saya hanya menerima tempahan dengan kain yang telah siap digunting (bahagian bajunya sahaja). Ada juga yang e-mail dan sms saya bertanyakan macam mana kain yang telah digunting tu???? Ayat dan penjelasan saya kuruang jelas barang kali.

Jadi untuk menjelaskan apa yang tak jelas, saya uploadkan gambar bagaimana keadaan baju yang telah digunting yang perlu dihantarkan kepada saya tu yer.....

Ini adalah bahagian badan dan tangan baju

Ini pula bahagian pesak kanan dan kiri baju

dan ini pula adalah bahagian kekek baju

Hanya bahagian bahagian baju ini yang perlu dihantarkan kepada saya untuk saya cantumkan dengan kaedah mengait. Harapan saya kepada semua yang berminat untuk bergaya dengan baju kurung kait saya di hari raya ini jelas dengan penerangan yang diberikan.... Terima kasih. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...