Percubaan pertama membuat kuih lompang, inilah hasil nya. Saja nak berkongsi pengalaman.
Resepi:-
2 cawan tepung gamdum
1 cawan tepung ubi
8 senduk kecil gula pasir
2 suku besar air kapur
8 cawan air daun pandan atau air gula merah
kelapa putih yg di gaul sedikit garam.
caranya:-
Ramuan dibancuh dengan air sehingga sebati kalau nak mudah blander sehingga betul betul sebati
masukan dlm cawan comel yang telah di sapu minyak masak kemudian kukus selama 25 hingga 30 minit, selamat mencuba.
Wednesday, July 20, 2011
Baju kurung Kait Adik Auni
Baju kurung ni tempahan dari Pn.Azreen dari Nilai, menyerahkan 100% tugasan kepada saya iaitu dari pada pemilihan kain, mengunting dan seterusnya mengait baju untuk anaknya. Katanya nak warna merah meterial kain daripada cotton. Dan saya pun memilih kain jenis japan cotton ini untuknya. Pn.Azreen juga memilih design berry berry untuk baju ini. Harap dia suka dengan hasilnya.
Sunday, July 3, 2011
Baju Kurung Berkait Pn.As
Menerima tempahan dari seberang laut...hehehe.baju ni tempahan daripada Pn.As dari Kuching Sarawak, untuk anaknya. Memilih warna pink untuk baju raya anaknya. Semoga Pn.gembira dengan hasilnya ya....Terima kasih.
Baju kurung kait Pn.Sabariah
Kesibukan sudah mula terasa.... kalut semacam hehehehe....menerima tempahan baju kurung kait dari Pn. Sabariah from Shah Alam. Tempahan untuk dua orang puterinya, meterial kain adalah 100% cotton. Sangat lembut dan selesa, pandai dia pilih kain. Corak yang amat simple tapi menarik. Polkadot kecil cute jer... ^_^
Tempahan dua pasang ini katanya tak mahu mengguna kan warna benang kait yang sama.So saya memilih warna merah untuk si kakak dan hijau lumut untuk si adik. Berbesar hati sekiranya baju ini di gemari....Terima kasih daun keladi...
Sunday, June 19, 2011
My first Shimmering Flower
Nekad!!!! itulah azam untuk mencuba design SF....akhirnya berjaya juga dengan percubaan pertama, credit tu Nora Manik...
Subscribe to:
Posts (Atom)

