Monday, January 16, 2012

Lagi baju Cikgu

Wah...sesi persekolahan baru ni, cikgu sekolah pun melaram gak dengan baju baru yer....cantik berseri gitu, baju ni tempahan dari cikgu sekolah Pedas.Harap dia suka dengan jahitan manik baju ni.... menangis jugak menjahit manik kat baji ni kerana meterial kainnya tersangatlah lembutnya.... papepun terima kasih buat cikgu yer...



Monday, January 9, 2012

Manik baju Cikgu.

Pada mulanya Cikgu ni dah salah faham, dia hantar baju ni untuk di sulam bahagian tangan. Alamak!!!! minta maaf la banyak banyak sebab bab sulam menyulam ni belum ada kesempatan lagi nak menuntut ilmu. Jadi alang alang dah hantar baju tu dia pun mintalah bajunya dimanikkan. Dia nak kan tema warna manik tu lebih kurang dengan warna corak bunga bajunya.... setelah di jahit inilah hasilnya...



Monday, January 2, 2012

Pulut kuning

Hasil kerja buat pertama kali dalam sejarah hiasan pulut kuning untuk majlis menyambut menantu Mak Teh dan Pak Teh ni. Anak anak kata pulut kuning mama ni ada angry bird la.... hahahahaha geli hati....

CRUMBLE



Apam Polkadot



Oren filling, strawberry filling dan bluberry filling. Untuk tempahan sila hubungi saya. RM35/ 100pcs





Manik Baju Pn.Siti Aminah

Dengan kesibukan dan kekalutan majlis kenduri kahwin sana sini dan family day yang menjadi acara wajib setiap tahun sempat juga menyiapkan dua tempahan dari pada Pn.Siti Aminah ni. Pn.siti ni nak kan jahitan manik yg simple tapi nak nampak glamour....hehehehehe macam macam ragam customer nikan...layan jer la....so untuk baju yg hitam putih ni katanya nakkan manik yg warnanya hitam putih jugak, dia tak nak colour lain. Dengan design yg dihighlightkan pada bunga baju tu inilah hasilnya.....






Satu lagi tempahan dari owner baju yg sama,permintaannya nak kan bunga yg comel di bahagian tangan sahaja.... so beginilah hasilnya.... comel ker???? hihihihih





Wednesday, December 14, 2011

Baju Kurung Kait Cik Musliana

Fuh!fuh! berhabuk blog ni dh sekian lama tak berupdate hehehe....sibuk cuti sekolah, kenduri kendara, orang kawin, orang bersunat....hihihih balik kampung musim buah yehaaa!!!....Dalam kesibukan harian selesai tempahan baju Cik Musliana ni. Nak pakai pegi kenduri katanya. Terima kasih yer... harap dia berpuas hati dengan hasilnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...