Wednesday, December 14, 2011

Baju Kurung Kait Cik Musliana

Fuh!fuh! berhabuk blog ni dh sekian lama tak berupdate hehehe....sibuk cuti sekolah, kenduri kendara, orang kawin, orang bersunat....hihihih balik kampung musim buah yehaaa!!!....Dalam kesibukan harian selesai tempahan baju Cik Musliana ni. Nak pakai pegi kenduri katanya. Terima kasih yer... harap dia berpuas hati dengan hasilnya.





Sunday, October 2, 2011

October Coming

Pejam celik dah naksampai penghujung tahun, biasanya kalau penghujung tahun ni budak sekolah lah yang paling gumbira maklum la cuti panjang.... Sempena cuti sekolah ni jugalah para bakal pengantin baru akan melansungkan perkahwinan mereka....bercerita mengenai majlis perkahwinan mmchantik muncul lah dengan gubahan hantaran dan decoration bunga paharnya.... so apa lagi jom kita layan kejap ^_^




Ini adalah projek terbaru mmchantikcollections. Mak pengantin serahkan tanggungjawab mengdeco hantaran dan bunga pahar kepada saya, dia cuma kata temanya pepel & pink. Pattern bentuk tak kisah katanya...ALAMAK!!! poning lak ai.... pikir punya pikir yg buatlah kelainan sikit konon hehehehe.... dan terciptallah bunga pahar dari kristal ni untuk bakal pengantin dan mak pengantin. Harap mereka suka lah dengan bunga pahar ni....

Bercerita pasal bunga pahar kristal ni panjang lebar pulak... Jom la berkongsi ilmu sikit mengenai bunga ni. Bahan yang saya gunakan untuk pembikinan bunga ini:-


Saya menggunakan kristal berbentuk bulat 2 warna, dan kristal daun. kristal ni ada banyak gred, gred yang bagus lagi cantik dan berkilat, yang saya gunakan ini adalah gred yang sederhana bersesuaian dengan budget customer.


Bahan bahan lain Reben, pelilit, dawai halus,lidi,net telur dan tag terima kasih.

Dawai emas untuk mengikat kristal

Playar dan gunting
Sekian untuk tatapan kali ini. Kembali dengan decoration hantaran nanti. Sekian.

Thursday, September 15, 2011

Manik Baju Cikgu

Tempahan manik dari seorang Cikgu, hehehehe maaf tak tau nama sebenar panggil Cikgu jer sebab kerja dia adalah sebagai seorang guru. Mengikut perjanjian bajunya perlu disiapkan pada hari Sabtu. Memandangkan Jumaat adalah hari cuti dia nak kan bajunya disiapkan pada khamis malam nak balik kampung katanya .ALAMAK!!!! dalam masa Satu hari satu malam ini lah hasilnya jahitan highlight di bahagian hadapan baju dan juraian di bahagian bawah tangan.....huhuhuhu

Friday, September 2, 2011

Tragedi Raya Ke-3

Kakak admitted HTJS, emergency operation sebab apendiks dalam perut dah pecah....sangat cemas tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Apa pun syukur Alhamdulillah kakak dah getting better. kesian anak mama tak dapat nak beraya dan pakai baju raya. Redha dengan setiap ujian dari-Nya.....

Bling-bling di pagi raya


Berry


Dua design berry ini sama cuma menggunakan teknik jahitan yang berlainan...

Manik Anak Pn.Baayah

Tempahan dari Pn Baayah mulanya dia merayu untuk jahitkan manik pada bajunya jugak....tapi apakan daya tidak mampu lagi untuk menunaikan permintaan yang dh lewat...untuk tidak menghampakan beliau saya jahitkan jugak baju untuk anak kesayangannya.


Friday, August 12, 2011

Tempahan kedua Pn.Roos Haida

Ini tempahan kedua darimPn.Roos Haida, amboi raya sakan...hehehehe

Baju Adik Tisya.

Ini tempahan dari Adik Tisya dari Selayang. Katanya nak baju kaler shocking pink.....Alhamdulillah Adik Tisya dan mamanya suka baju ni....berseri la hari raya Tisya kan....

Manik Acik


Baju ni macam kain pelikat.... hehehehe marah pulak tuan dia nanti. Meterial kain adalah cotton tenun. Sure mahal ni, jadi sepadan la dengan jahitan manik yang menggunakan pearl glass yang agak mahal kosnya...

Wednesday, July 20, 2011

Baju kurung kait Anak Pn. Roos Haida

Pn.Rooshaida ni menempah 4 pasang baju kurung kait untuk anak-anak nya untuk di laramkan pada hari raya, baru selesai untuk 2 pasang, 2 pasang lagi masih inprogress....sabar mrnanti yer Cik Puan....^_^

Kuih lompang

Percubaan pertama membuat kuih lompang, inilah hasil nya. Saja nak berkongsi pengalaman.

 Resepi:-

2 cawan tepung gamdum
1 cawan tepung ubi
8 senduk kecil gula pasir
2 suku besar air kapur
8 cawan air daun pandan atau air gula merah
kelapa putih yg di gaul sedikit garam.

caranya:-

Ramuan dibancuh dengan air sehingga sebati kalau nak mudah blander sehingga betul betul sebati
masukan dlm cawan comel yang telah di sapu minyak masak kemudian kukus selama 25 hingga 30 minit, selamat mencuba.

Baju kurung Kait Adik Auni

Baju kurung ni tempahan dari Pn.Azreen dari Nilai, menyerahkan 100% tugasan kepada saya iaitu dari pada pemilihan kain, mengunting dan seterusnya mengait baju untuk anaknya. Katanya nak warna merah meterial kain daripada cotton. Dan saya pun memilih kain jenis japan cotton ini untuknya. Pn.Azreen juga memilih design berry berry untuk baju ini. Harap dia suka dengan hasilnya.

Sunday, July 3, 2011

Baju Kurung Berkait Pn.As



Menerima tempahan dari seberang laut...hehehe.baju ni tempahan daripada Pn.As dari Kuching Sarawak, untuk anaknya. Memilih warna pink untuk baju raya anaknya. Semoga Pn.gembira dengan hasilnya ya....Terima kasih.

Baju kurung kait Pn.Sabariah



Kesibukan sudah mula terasa.... kalut semacam hehehehe....menerima tempahan baju kurung kait dari Pn. Sabariah from Shah Alam. Tempahan untuk dua orang puterinya, meterial kain adalah 100% cotton. Sangat lembut dan selesa, pandai dia pilih kain. Corak yang amat simple tapi menarik. Polkadot kecil cute jer... ^_^
Tempahan dua pasang ini katanya tak mahu mengguna kan warna benang kait yang sama.So saya memilih warna merah untuk si kakak dan hijau lumut untuk si adik. Berbesar hati sekiranya baju ini di gemari....Terima kasih daun keladi...

Tuesday, June 14, 2011

Cupcakes

Cupcakes ni untuk sekolah tadika Kak Incha sempena sambutan hari guru bulan lepas...hehehehe dah bersawang punya cerita hari ni baru nak upload...Cupcakes coklat moist withchoc ganache  topping ..

Rendang Pucuk Ubi

Pada 10 Jun 2010, Bapa saudara sebelah suami (Pak Ndak), telah menyahut panggilan dari-Nya...Al-Fatihah, semasa kenduri tahlil Induk masak rendang pucuk ubi. Setelah menuntut ilmu dari mak-mak sedara kat kampung hari tu, so hari ni terhasil la air tangan sendiri rendang pusuk ubi campur ikan bilis.....sedap hehehe....

Model-medel baju kurung berkait.

Inilah model model baju kurung berkait saya. Anisya & Airisya


Simanis Anisya...^_^...manis ke?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...