Sunday, October 2, 2011

October Coming

Pejam celik dah naksampai penghujung tahun, biasanya kalau penghujung tahun ni budak sekolah lah yang paling gumbira maklum la cuti panjang.... Sempena cuti sekolah ni jugalah para bakal pengantin baru akan melansungkan perkahwinan mereka....bercerita mengenai majlis perkahwinan mmchantik muncul lah dengan gubahan hantaran dan decoration bunga paharnya.... so apa lagi jom kita layan kejap ^_^




Ini adalah projek terbaru mmchantikcollections. Mak pengantin serahkan tanggungjawab mengdeco hantaran dan bunga pahar kepada saya, dia cuma kata temanya pepel & pink. Pattern bentuk tak kisah katanya...ALAMAK!!! poning lak ai.... pikir punya pikir yg buatlah kelainan sikit konon hehehehe.... dan terciptallah bunga pahar dari kristal ni untuk bakal pengantin dan mak pengantin. Harap mereka suka lah dengan bunga pahar ni....

Bercerita pasal bunga pahar kristal ni panjang lebar pulak... Jom la berkongsi ilmu sikit mengenai bunga ni. Bahan yang saya gunakan untuk pembikinan bunga ini:-


Saya menggunakan kristal berbentuk bulat 2 warna, dan kristal daun. kristal ni ada banyak gred, gred yang bagus lagi cantik dan berkilat, yang saya gunakan ini adalah gred yang sederhana bersesuaian dengan budget customer.


Bahan bahan lain Reben, pelilit, dawai halus,lidi,net telur dan tag terima kasih.

Dawai emas untuk mengikat kristal

Playar dan gunting
Sekian untuk tatapan kali ini. Kembali dengan decoration hantaran nanti. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...